Pola petempatan
- susur
atur rumah atau bangunan di sesuatu tempaT
- terdapat 4 pola petempatan iaitu pola berselerak, pola berjajar, pola berpusat dan berkelompok.
1.
POLA BERSELERAK
- Dapat dilihat di kawasan kecil, dusun dan sawah padi.
- Terdapat di kawasan luar bandar. Rumah dibina berselerak tanpa susunan yang tetap serta dipengaruhi juga oleh bentuk muka bumi.
- Dibina di tanah pertanian yang dimiliki sendiri.
- Terdapat di kawasan kebun-kebun kecil getah, kelapa dan padi.
- Jarak antara bangunan adalah berjauhan antara satu sama lain.
2.
POLA BERJAJAR
- Dibina selari di sepanjang sungai, parit, tali air, pinggir pantai, permatang, jalan raya, landasan keretapi, di sepanjang pinggir kawasan sawah padi,tepi kawasan paya dan sepanjang lereng bukit.
- Rumah dibina dalam satu barisan yang panjang lagi sempit.
- Pola ini terdapat di sepanjang jalan raya, sungai, kaki bukit, permatang, benteng, tali air, dan pinggir laut
- Ia juga dikenali sebagai petempatan linear.
3.
POLA BERPUSAT
- Terbentuk apabila rumah dan bangunan yang banyak dibina rapat-rapat.
- Contohnya simpang jalan yang mempunyai tempat ibadat, sekolah, kedai, pejabat pos dll.
- Terdapat juga dikawasan ladang getah dan ladang kelapa sawit di tanah rancangan seperti FELDA.
- Contohnya, Felda Bukit Goh di Pahang dan Felda Gugusan Adela di Kota Tinggi, Johor.
- Rumah dirapat dan padat dalam satu kawasan.
- Terdapat di kawasan seperti bandar, bandaraya, kampung baru, ladang getah dan ladang kelapa sawit.
- Mempunyai jaringan jalan raya yang baik.
- Petempatan berfungsi sebagai pusat pentadbiran, perindustrian, perdagangan dan perkhidmatan
4.
POLA BERKELOMPOK
- Hampir sama dengan pola petempatan berpusat tapi bilangan bangunan tidak begitu banyak dan tidak begitu rapat.
- Terdapat di simpang jalan raya, jalan keretapi dan muara sungai Contoh: Ladang Lim Kooi Hua di Sabak Bernam, Selangor, kampong nelayan di Kampung Bulingisan dan Kampung Sen Bantaian di Semporna, Sabah.
- Petempatan berkelompok ialah susun atur rumah-rumah secara berkelompok di sesuatu kawasan seperti petempatan FELDA
- Petempatan jenis ini terdapat di simpang jalan raya, jalan kereta api dan muara sungai.
- Susun atur rumah dan bangunan di petempatan berkelompok yang terancang adalah lebih teratur.