Saturday 21 March 2015

POLA PETEMPATAN

Pola petempatan
  • susur atur rumah atau bangunan di sesuatu tempaT
  • terdapat 4 pola petempatan iaitu pola berselerak, pola berjajar, pola berpusat dan berkelompok.


1. POLA BERSELERAK

  • Dapat dilihat di kawasan kecil, dusun dan sawah padi.
  • Terdapat di kawasan luar bandar. Rumah dibina berselerak tanpa susunan yang tetap serta dipengaruhi juga oleh bentuk muka bumi.
  •   Dibina di tanah pertanian yang dimiliki sendiri.
  •  Terdapat di kawasan kebun-kebun kecil getah, kelapa dan padi.
  • Jarak antara bangunan adalah berjauhan antara satu sama lain.


2. POLA BERJAJAR

  • Dibina selari di sepanjang sungai, parit, tali air, pinggir pantai, permatang, jalan raya, landasan keretapi, di sepanjang pinggir kawasan sawah padi,tepi kawasan paya dan sepanjang lereng bukit.
  • Rumah dibina dalam satu barisan yang panjang lagi sempit.
  • Pola ini terdapat di sepanjang jalan raya, sungai, kaki bukit, permatang, benteng, tali air, dan pinggir laut
  • Ia juga dikenali sebagai petempatan linear.

3. POLA BERPUSAT

  • Terbentuk apabila rumah dan bangunan yang banyak dibina rapat-rapat.
  • Contohnya simpang jalan yang mempunyai tempat ibadat, sekolah, kedai, pejabat pos dll.
  • Terdapat juga dikawasan ladang getah dan ladang kelapa sawit di tanah rancangan seperti FELDA.
  • Contohnya, Felda Bukit Goh di Pahang dan Felda Gugusan Adela di Kota Tinggi, Johor.
  •  Rumah dirapat dan padat dalam satu kawasan. 
  • Terdapat di kawasan seperti bandar, bandaraya, kampung baru, ladang getah dan ladang kelapa sawit. 
  • Mempunyai jaringan jalan raya yang baik.  
  • Petempatan berfungsi sebagai pusat pentadbiran, perindustrian, perdagangan dan perkhidmatan


4. POLA BERKELOMPOK

  • Hampir sama dengan pola petempatan berpusat tapi bilangan bangunan tidak begitu banyak dan tidak begitu rapat. 
  • Terdapat di simpang jalan raya, jalan keretapi dan muara sungai Contoh: Ladang Lim Kooi Hua di Sabak Bernam, Selangor, kampong nelayan di Kampung Bulingisan dan Kampung Sen Bantaian di Semporna, Sabah.
  •  Petempatan berkelompok ialah susun atur rumah-rumah secara berkelompok di sesuatu kawasan seperti petempatan FELDA
  • Petempatan jenis ini terdapat di simpang jalan raya, jalan kereta api dan muara sungai. 
  • Susun atur rumah dan bangunan di petempatan berkelompok yang terancang adalah lebih teratur.