Saturday 21 March 2015

POLA PETEMPATAN

Pola petempatan
  • susur atur rumah atau bangunan di sesuatu tempaT
  • terdapat 4 pola petempatan iaitu pola berselerak, pola berjajar, pola berpusat dan berkelompok.


1. POLA BERSELERAK

  • Dapat dilihat di kawasan kecil, dusun dan sawah padi.
  • Terdapat di kawasan luar bandar. Rumah dibina berselerak tanpa susunan yang tetap serta dipengaruhi juga oleh bentuk muka bumi.
  •   Dibina di tanah pertanian yang dimiliki sendiri.
  •  Terdapat di kawasan kebun-kebun kecil getah, kelapa dan padi.
  • Jarak antara bangunan adalah berjauhan antara satu sama lain.


2. POLA BERJAJAR

  • Dibina selari di sepanjang sungai, parit, tali air, pinggir pantai, permatang, jalan raya, landasan keretapi, di sepanjang pinggir kawasan sawah padi,tepi kawasan paya dan sepanjang lereng bukit.
  • Rumah dibina dalam satu barisan yang panjang lagi sempit.
  • Pola ini terdapat di sepanjang jalan raya, sungai, kaki bukit, permatang, benteng, tali air, dan pinggir laut
  • Ia juga dikenali sebagai petempatan linear.

3. POLA BERPUSAT

  • Terbentuk apabila rumah dan bangunan yang banyak dibina rapat-rapat.
  • Contohnya simpang jalan yang mempunyai tempat ibadat, sekolah, kedai, pejabat pos dll.
  • Terdapat juga dikawasan ladang getah dan ladang kelapa sawit di tanah rancangan seperti FELDA.
  • Contohnya, Felda Bukit Goh di Pahang dan Felda Gugusan Adela di Kota Tinggi, Johor.
  •  Rumah dirapat dan padat dalam satu kawasan. 
  • Terdapat di kawasan seperti bandar, bandaraya, kampung baru, ladang getah dan ladang kelapa sawit. 
  • Mempunyai jaringan jalan raya yang baik.  
  • Petempatan berfungsi sebagai pusat pentadbiran, perindustrian, perdagangan dan perkhidmatan


4. POLA BERKELOMPOK

  • Hampir sama dengan pola petempatan berpusat tapi bilangan bangunan tidak begitu banyak dan tidak begitu rapat. 
  • Terdapat di simpang jalan raya, jalan keretapi dan muara sungai Contoh: Ladang Lim Kooi Hua di Sabak Bernam, Selangor, kampong nelayan di Kampung Bulingisan dan Kampung Sen Bantaian di Semporna, Sabah.
  •  Petempatan berkelompok ialah susun atur rumah-rumah secara berkelompok di sesuatu kawasan seperti petempatan FELDA
  • Petempatan jenis ini terdapat di simpang jalan raya, jalan kereta api dan muara sungai. 
  • Susun atur rumah dan bangunan di petempatan berkelompok yang terancang adalah lebih teratur.

55 comments:

  1. usefull teacher thanx very much !!!!!

    ReplyDelete
  2. Can u provide ur real name because I want to insert citation for my thesis. thank u teacher. :)

    ReplyDelete
  3. saya rasa nota ini sangat tepat bagi saya

    ReplyDelete
  4. Thanks...senang bagi saya untuk buat kerja kursus geografi😊

    ReplyDelete
  5. Thanks...senang bagi saya untuk buat kerja kursus geografi😊

    ReplyDelete
  6. Tq...sbb senang untuk buat kerja kursus geografi:)

    ReplyDelete
  7. can u insert takrifan pola petempatan

    ReplyDelete
  8. thank you so much this is really helpfull

    ReplyDelete
  9. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  10. Baik. Informasi yang baik��

    ReplyDelete
  11. Tahun last pt3...2003... thanks membantu utk buat folio geo. It really usefull

    ReplyDelete
  12. Terima kasih. . Ia sangat membantu

    ReplyDelete
  13. Informasi yg cantekkkkkkkkkk
    Thanks cg

    ReplyDelete
  14. Sekarang sangat berguna until tingkatan 1!


    ReplyDelete
  15. Thanks,senang nak buat folio geografi😘😘😘

    ReplyDelete
  16. kenape petempatan di kawasan felda dibangunkan secara berkelompok? blh jls kan tak?

    ReplyDelete
  17. Best..sesuai utk ulangkaji.thanks

    ReplyDelete
  18. sangat membantu saya buat karangan tentang pola petempatan...terima kasih
    admin :)

    ReplyDelete
  19. Sngat bgus utk dgunkan sbagai bhan ulangkaji

    ReplyDelete
  20. Apa kw ckap ni cg

    ReplyDelete
  21. Thank you this make my homework became easier.≧ωo(〃^▽^〃)o

    ReplyDelete